Tuesday 10 September 2013

INTENSIF MINDA SUKSES..

Bismillahirrahmanirrahim,

Sementara menunggu blog ini di update sepenuhnya rasanya elok ianya dimanfaatkan sebaik mungkin. Dengan berbesar hati saya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama anda semua..InsyaAllah semoga Allah berkati.

DIALOG INTENSIF MINDA SUKSES:

#1. "Hari ini saya hidup kaya dan berjaya"
Pentingnya kita menetapkan hala tuju sebaik sahaja kita bangun tidur. Sebaiknya selepas membaca doa bangun tidur. Apabila kita sebut dialog ini dengan penuh perasaan, bermakna kita sudah menyediakan landasan sepanjang tempoh 24 jam ke arah kekayaan dan kejayaan.

#2. "Duit sentiasa datang kepada saya"
Ramai orang takut kepada duit. Sedangkan duit tidak berdosa. Ia adalah alat untuk memberikan manusia pilihan. Samada dijadikan alat untuk membuatkan ramai orang bahagia, atau alat yang mencipta lebih banyak derita.

#3. " Saya pilih untuk hidup dengan penuh senyuman"
Senyum itu adalah sedekah. Apabila kita bersedekah, Allah menjanjikan pahala dan rezeki yang berganda. Jadi, pilih untuk sentiasa senyum dan ceria sepanjang hari. Dengan senyuman, kita sebenarnya telah mencipta suasana yang harmoni terhadap sesiapa sahaja yang melihat wajah kita.
Kita senyum, mereka senyum. Senyuman ini yang akan meledakkan semangat,komitment, kekayaan dan kejayaan.

#4. "Hidup saya adalah untuk membantu ramai orang"
Fungsi hidup manusia di muka bumi ini adalah untuk menjadi golongan yang bermanfaat untuk manusia lain. Mulakan hidup kita dengan dialog di atas supaya gaya fikir kita cenderung kepada menabur bakti kepada orang ramai.
Sebelum ini, kita dipasakakn dengan minda kepentingan diri sendiri. Mulakan hidup baru dengan menjadi golongan yang memberikan manfaat kepada orang sekeliling kita.

#5. "Saya berani menjadi seorang jutawan"
Orang miskin takut untuk menjadi jutawan. Dalam fikiran mereka telah ditanam dengan persepsi jutawan adalah seorang yang lupa diri, tamak, kedekut dan mengambila harta orang lain.
Persepsi ini tidak benar. Menjadi jutawan adalah satu kemestian. Dari sudut agama, jutawan adalah mereka yang membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

#6. "Saya suka pada suasana positif"
Jika sebelum ini kita memilih untuk mencipta suasana negatif, ubah pilihan menerusi dialog ini. Cipta suasana yang positif bermakna kita sedang mencipta suasana kejayaan.

#7. "Masalah adalah kecil bagi saya"
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Usah jadikan ia sebagai penyerabut minda. Semakin banyak kita fikirkan masalah, semakin beban minda kita. Juteru itu, langkah pertama adalah menyatakan setiap masalah yang berlaku adalah kecil bagi kita.
Dengan itu, minda kita akan bersedia untuk menyelesaikan setiap musibah berlaku dalam masa yang singkat. Dalam masa sama, ia menghapuskan perasaan takut kepada masalah.

#8. "Saya hidup dengan penuh keberkatan"
Elakkan daripada menyalahkan Tuhan apabila hidup diduga dengan kesukaran. Gunakan dialog ini untuk melatih minda kita supaya dapat menerima ujian yang datang.
Dialog ini juga mendidik minda supaya percaya dan yakin tentang setiap apa yang berlaku adalah tanda Tuhan sayang pada kita. Setiap situasi pasti ada hikmah dan keberkatan disebaliknya.

#9."Saya kawal kekayaan."
Kita berhak untuk mengawal kekayaan. Sebelum ini, kita berpendapat kekayaan diukur berdasarkan kerjaya. Hakikatnya tidak.. Apabila kita mempunyai gaya fikir seperti dialog ini, kita membuka minda untuk mencari lebih banyak peluang kekayaan.

#10. "Pendapatan saya tiada had"
Tidak ada seorang pun yang boleh meletakkan had pendapatan yang boleh kita perolehi di dunia ini. Semuanya terletak di tangan sendiri. Kita yang meletakkan sama ada ia mempunyai had-had tertentu.
Apabila kita meletakkan tiada had, bermaksud kita berupaya untuk menjadi jutawan. Malah tidak mustahil kita juga boleh mencapai status kewangan bilionaire.

#11. "Saya seronok dengan hidup yang Allah berikan kepada saya"
Hidup sebagai hambaNya dimuka bumi ini tidak pernah sia-sia. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang yang luas untuk kita meneroka. Kita juga bebas untuk berfikir tentang kehidupan.
Wujudkan gaya fikir supaya kita rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati keindahan hidup.

#12. “Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup”
Sekali kita bersyukur, berganda-ganda Allah membuka pintu rezeki untuk hambaNya. Dalam Al-Quranul Karim banyak lagi menyebut tentang kelebihan bersyukur. Di mana Allah menyatakan nikmat dan kebesaran bagi golongan yang bersyukur.
Jika kita belum mencapai tahap kekayaan yang diimpikan, mula dengan bersyukur terhadap segala harta yang kita perolehi sehingga kini. Kerana apa yang kita impikan berkemungkinan besar menjadi impian kepada orang lain.

#13.”Saya mempunyai nilai diri yang tinggi”
Setiap produk atau servis yang ada di dunia mempunyai nilai yang berbeza. Ia diukur berdasarkan keupayaaan, reka bentuk dan beberapa lagi elemen. Sebagai contoh, harga kereta Mercedes dilihat sebagai kereta untuk golongan profesional dan ekslusif.
Begitu juga kehidupan. Kita boleh pilih sama ada untuk menjadi orang yang mempunyai nilai hidup yang tinggi atau sebaliknya. Orang tinggi di sisi manusia, berkemungkinan besar ia juga bernilai tinggi disisi Allah.
Sebut dialog ini setiap hari.  Dari semasa ke semasa, ia akan menimbulkan semangat kita untuk mencipta lebih banyak kejayaan dalam kehidupan peribadi.

#14. “Saya mempunyai rakan sekeliling yang positif”
Percaya atau tidak, rakan-rakan sekeliling kita memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan yang kita jalani hari ini. Jika sebelum ini berkawan dengan kelompok individu yang gemar berpeleseran, tidak mustahil kita juga akan mempunyai keinginan sedemikian.
Begitu juga dalam nota kejayaan. Apabila kita memilih untuk berada dalam golongan para jutawan, ia sebenarnya  telah mendorong kita untuk menjadi seperti mereka. Dialog ini membantu kita menarik lebih banyak golongan rakan yang positif.
Kerana golongan rakan ini akan membantu kita menaiki satu demi satu tangga kejayaan.

#15. “Saya komited untuk menjadi seorang jutawan”
Dialog ini mewujudkan satu tanggungjawab dalam diri supaya lebih komited dalam kerjaya atau perniagaan, agar memperoleh peluang untuk menjadi seorang jutawan.
Nilai komitmen sebenarnya begitu berharga dalam diri individu yang berjaya. Komitmen mampu mengubah kehidupan secara holistik.

#16. “Saya mesti jadi jutawan kerana saya ingin membantu lebih ramai orang di luar sana”
Jutawan adalah golongan yang mulia di sisi Allah. Kerana apabila kita mempunyai harta yang melebihi keperluan, sebenarnya ia signal daripada Tuhan supaya kita menggunakan harta itu bagi tujuan kebaikan.
Antaranya adalah memberikan lebih banyak sedekah kepada golongan yang memerlukan. Di sini kita dapat lihat, apabila Ia menjadi jutawan, jumlah harta yang kita boleh berikan adalah lebih besar berbanding golongan yang biasa-biasa.
Contohnya Syed Mokhtar Bukhari mempunyai yayasannya sendiri. Semua ini boleh direalisasikan bila kita menjadi seorang jutawan. Niatkan diri dan gunakan dialog ini untuk memberikan penekanan terhadap minda kita, bahawa menjadi seorang jutawan adalah satu kemestian.
Kerana ia meningkatkan peluang kepada kita untuk dipandang tinggi di sisi Allah.

#17. “Saya adalah jutawan yang disayangi Allah”
Tiada yang lebih bahagia untuk hidup di dunia yang sementara apabila menjadi hamba yang disayangi Allah. Menjadi jutawan yang disayangi Allah adalah matlamat akhir kita.
Harta itu adalah perantaraannya. Sebutkan dialog ini setiap pagi dan rasai betapa besarnya peluang untuk kita beribadat. Tidak terhad dari sudut solat, zikir dan sebagainya.
Harta juga adalah sebahagian daripada signal untuk mendapatkan lebih banyak rahmat daripada Allah.

Petikan dari Buku Blueprint Kejayaan - Ammar Zahar



No comments:

Post a Comment