Tuesday 10 September 2013

KUASA MINDA..

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt..Salam Mahabbah,


Kuasa Minda, Rasanya semua orang boleh menguasai minda jika mahu cuma masalahnya ramai orang membiarkan nafsu menguasai diri..


Untuk berniaga serta mengecapi kejayaan, kita perlu ada minda yang betul. Minda yang betul adalah minda yang positif. Sebab itu orang-orang hebat selalu berkata, punca kejayaan seseorang yang berjaya adalah berdasarkan MINDAnya.


Oleh itu perkara yang paling penting sekali untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan adalah "menguasai minda". Kalau tidak ada minda yang betul untuk berjaya, kita tidak akan berjaya.





Perkara pertama ialah jangan salahkan orang lain setiap kali ada perkara buruk yang berlaku atau pun apa sahaja yang kita tidak suka. Sebagai contoh, kalau kita datang kerja lambat kita akan cakap "Alamak..jalan sesaklah". Tetapi sebaliknya kita perlu kata "Kenapa aku tidak keluar lebih awal? kenapa aku tidak pergi kerja lebih cepat dari orang lain? Dengan cara ini kita boleh mengubah minda kita ke arah yang lebih positif.


Seharusnya kita perlu sentiasa berada di zon positif. Kerana orang yang sentiasa berfikiran positif sentiasa berjaya. Walaupun menerima pelbagai dugaan, pelbagai rintangan dalam perjalanan perubahan.


Untuk berjaya, ubahlah cara pemikiran kita jangan selalu menyalahkan keadaan. Tukarkan kepada pemikiran yang positif dan ambil tanggung jawab menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu..


Wassalam wa ila liqa'.


No comments:

Post a Comment